Di dalam NASA, seorang Pakar Muatan (bahasa Inggeris: Payload Specialist, PS) adalah seorang individu yang dipilih dan dilatih oleh pertubuhan penyelidikan atau komersil untuk penerbangan sebuah muatan spesifik/tertentu di dalam satu misi penerbangan angkasa lepas. Pakar-pakar muatan termasuklah angkasawan bukan NASA yang dilantik oleh rakan kongsi, individu-individu yang dipilih oleh masyarakat penyelidikan atau sebuah syarikat atau sebuah konsortium penerbangan yang menerbangkan sebuah muatan komersil di dalam pesawat angkasa lepas.